Salam hye. Kembali lagi bersama aku di cabaran hari kedua iaitu cara aku berfesyen.
Aku simple je orangnya. Kalau dulu aku hanya mengenakan t-shirt, jeans dan tudung bawal. Tapi semenjak dah tua ni dan seriring peredaran zaman, aku berubah sikit ke blouse atau kemeja bersama shawl. Lebih sopan dan proper rasanya. Memandangkan aku jenis yang underweight semenjak azali, aku tak ada masalah sangat dalam pemilihan pakaian. Korang ada petua tak macam mana nak naikkan selera makan? (tibe topik lain)
Kasut pula, memandangkan aku bersaiz mini, aku lebih memilih untuk memakai wedges yang tinggi. Bak kata kawan-kawan aku, "kenapa kau pakai batu bata?". Sederhana je kecaman mereka kan? Tapi korang tahu tak dengan wedges yang tinggi tu lah, kami yang mini ini mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan korang.
Bagi pemilihan warna pakaian pula, aku lebih suka warna warna earth gitu. Warna kelabu, coklat muda, milo, dan se pallete dengannya. Tak terlalu menonjol sangat dan tak juga ketinggalan zaman. Betul ke aku ni? Kalau salah, korang tegurlah ya. Jangan biarkan aku hidup dalam kesilapan. Sobs.
Sesederhana begitulah cara aku yang berfesyen. Simple saja kan? Korang jangan lupa share kan cara korang berfesyen juga tau!
Klik link di bawah, untuk baca cabaran-cabaran yang lain ya.
Day 1: Fakta tentang anda
Day 2: Cara Anda Berfesyen
Day 3: Gambar bilik idaman anda
8 Comments
For me, belakangan ni i selalu pakai knitwear dengan wide skirt. Taste makin feminin sikitlah kot sebab sebelum ni prefer pakai pakaian yang macam emo style gitu lmao.
ReplyDeleteHehe comelnya emo style. Mesti lawa kan pakai knitwear. Nanti share gambar yeee. 🥰😘
DeleteFesyen yang kita pilih/pakai menampilkan keperibadian kita
ReplyDeleteKalau kita simple je, peribadi kita simple jugak ke Wak?
DeleteNak kena tambah aksesori lah macam ni. Hehe.
Kalau Ammi..dari dulu hingga sekarang masih kekal dgn hitam. Tp apa2 yg simple itulah pilihan Ammi. Tudung pun Ammi prefer Syria sbb takyah sibuk lilit2 (tak reti melilit benornya) haha
ReplyDeleteBlack is always elegant sis.
DeleteAah tudung syria senang dan simple kan.
And ada orang pertikaikan.. t-shirt jek ko pakai? Hurm... Hina kah tshirt ituuuu.. why why why?
ReplyDeletepsst.. lawa tuan tanah ni.
Halah halah sibuk je dia ek nak pertikaikan pakaian kita. Biar je dia NK. Ikut selesa kita je. Huhu
Deletepsstt..NK apa kurangnya.