Adakah 'nya' Kata Ganti Nama?

 

-nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga. -nya hanya digunakan untuk manusia dan jika digunakan untuk merujuk kepada Tuhan (Allah) perlukan menggunakan huruf besar dan dieja dengan sempang seperti kehendak-Nya. (rujuk PRPM)


Selain kata ganti nama diri orang ketiga, -nya juga berfungsi sebagai kata penekan dan kata pembenda. Menurut buku Morfologi yang ditulis oleh Abdullah Hassan, terdapat satu perkataan partikel klitik iaitu -nya yang membawa fungsi menekankan perkataan yang bergabung dengannya. Dalam bahasa Melayu Minangkabau ada kata ganti nama inya namun, bahasa Melayu hanya menggunakan -nya sahaja. Kata ganti nama yang dipendekkan ini dipanggil klitik. 

Antara contoh ayat -nya 

1. Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. (kata penekan)

2. Lajunya ialah 100km sejam. (kata pembenda)

3. Ibu Milah sakit tenat. Ubat-ubatannya sahaja berharga ribuan ringgit.(kata ganti nama diri orang ketiga)

4. Ahmad mengundang rakan-rakan ke rumahnya. (kata ganti nama diri orang ketiga)


Oleh kerana -nya hanya digunakan untuk manusia. Bagaimana untuk menggantikan kata ganti nama haiwan dan tumbuh-tumbuhan? 

Contoh:

1. Kucing itu mati dilanggar. Bangkai kucing itu telah ditanam oleh ayah. 

2. Brokoli sukar didapati di pasaran. Harga brokoli kini semakin meningkat. 

Merujuk contoh yang diberi, memadai sekiranya diganti dengan menggunakan perkataan seperti berikut. 



Post a Comment

9 Comments

  1. semain ke semakin menipis? typo tu ., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe thank you lalat! Dah tua tua ni asyik typo je.

      Delete
  2. oh, hanya boleh guna untuk manusia je ye? lupa sudah, berbelas tahun tinggalkan sekolah

    ReplyDelete
  3. Teringat arwah ayah ammi (dia tak pandai sangat cakap Melayu)... jadi kalau dia nak sebut "cepat sikit" jadi cepatnya. Angkat sikit jadi angkatnya.

    Kawan ammi dulu confuse sebab dia kata " ayah ko tengah puji ke tengah bagi arahan?" hahah

    ReplyDelete
  4. bolehkah "mereka" digunakan untuk benda dan haiwan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Anon
      Tidak ada kata ganti nama untuk haiwan dan benda. Nam haiwan tersebut perlulah diulang atau menggunakan nama yang sinonim dengan haiwan tersebut seperti harimau sebagai Pak Belang.

      Delete
  5. adakah ayat ini betul "pokok dan buahnya"? Jika '-nya' sebagai kata ganti nama diri hanya boleh digunakan untuk manusia, adakah ayat ini harus ditulis "pokok dan buah pokok itu?"

    ReplyDelete