Day 4: Apa Yang Anda Buat Sebelum Tidur

 


Assalamualaikum, hye semua. 

Masih lagi kita di Cabaran Blog 15 Hari bersama aku. Hari ini hari ke empat. 

Dan muka surat keempat dari 365 muka surat buku kita pada tahun ini. Yang happy, teruskan happy. Yang bersedih, cuba kuatkan hati ya? Itu semua hanyalah sementara. 

Tajuk untuk hari keempat ialah Apa Yang Anda Buat Sebelum Tidur. 

Sebelum tidur ni kiranya selepas Isyak lah kan? Biasa selepas Isyak, aku "melepak" bersama family. Makan kuaci. Haha. Mak aku kalau makan kuaci dia ajak aku tau. Kalau tak percaya, mari stay rumah aku sehari dua. Hee. 

Kadang-kadang, aku ni suka lepak dalam bilik je. Blogwalking. Instawalking. Facebookwalking. Tengok-tengok aktiviti korang. Aku ada baca satu kata-kata motivasi untuk blogger ni. Dia kata, untuk jadi blogger, aku kena give up berjalan-jalan di sosial media lain dan hanya fokus berjalan di blog sahaja. Semenjak aku amalkan nasihat beliau, alhamdulillah, aku lebih bersifat seperti blogger. 

Selain daripada itu, aktiviti aku yang lain sebelum aku tidur ialah aku akan menonton movie. Hasil review drama daripada rakan-rakan blogger, aku juga berjaya menjadi seorang kaki drama. Drama apa yang aku tonton? Biarlah rahsia. 

Kalau dah tonton drama tu, kadang-kadang 16 episod, kadang-kadang 20 episode. Kalau dari lepas Isyak aku menonton, cukuplah sehingga aku betul-betul mengantuk dan tidur. Esoknya, aku ulang aktiviti yang sama. Eh? 

Tapi kenapa cabaran ni suruh cerita apa yang aku buat sebelum tidur? Kantoilah aku. 


Kbye. 



Baca juga: Day 5: Apa yang anda buat apabila bangun tidur?

Post a Comment

6 Comments

  1. nak tidur ngaji sat baca buku selai dua lolap dah den

    ReplyDelete
  2. selalu scroll phone dulu. hehe btw done follow

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scroll scroll tahu tahu dah terlajak waktu tidur. 😅😅

      Terima kasih follow sini.

      Delete
  3. scroll fon hahaha. cadangnya 5 min sekali tgk ehhh dah lebih hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan? Jalan sana sini sana sini terlebih sudaaa 🤭

      Delete