Kata Adjektif Pancaindera dan Contoh-contoh Ayat

 

Kata adjektif pancaindera terdiri daripada perkataan yang menerangkan konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera. Di dalam buku Nahu Kemaskini: Panduan Bahasa yang Baik dan Betul ada menyatakan bahawa kata indera dalam nama subsistem ini diambil dari kata pancaindera yang merujuk kepada lima pancaindera atau deria yang ada pada setiap manusia iaitu rasa, pandang, dengar, sentuh dan bau. 



Antara contoh-contoh pancaindera:

Deria rasa: sedap, manis, lazat, masam, kelat, pahit, masin, tawar, lemak, dan payau

Deria pandang: cantik, molek, hodoh, kacak, buruk, tampan, comel, dan segak.

Deria dengar: bising, merdu, nyaring, lunak, mersik, serak, garau

Deria bau: harum, wangi, busuk, hapak, tengik, semerbak, hanyir dan hancing.

Deria sentuh: halus, licin, kasar, keras, kesat, lembap dan lembut


Antara gabungan deria ialah:

Bersih (bau + pandang)

Selesa (sentuh + pandang)

Tenteram (dengar + pandang)


Contoh penggunaan kata adjektif pancaindera dalam ayat:

1. Badan budak yang tidak mandi itu berbau busuk. 

2. Dinding simen itu sangat keras

3. Air sirap yang kakak bancuh sangat manis

4. Gadis yang cantik molek itu anak Mak Limah. 

5. Bunyi biola Aminah sangat mersik dan mendayu-dayu.

6. Buah yang masam itu bapa beli di pasar tani. 

7. Anak kucing yang comel itu kepunyaan Ali. 

8. Bunga ros di hadapan rumah Aina harum baunya. 

9. Baju-baju yang lembap dan busuk akibat banjir telah dibasuh oleh emak. 

10. Pakailah pakaian yang bersih


Baca juga: Kata Adjektif Warna dan Contoh-contoh Ayat

Post a Comment

0 Comments