Review: Deodorant Dry Serum Ultra Bright dari Vaseline

 

Assalamualaikum, hai semua. 

Dah lama tak bersua *klentang klenting klentang klentung alalaleylaley*


Isnin lepas, eh bukan. Selasa lepas, aku menerima sekeping surat (ingatkan surat) daripada Try and Review Malaysia. Sebenarnya dah lama aku join "mencuba dan mereview" ni. Dah banyak jugak barang-barang yang aku dapat. 


Tapi tidaklah aku kongsi dengan korangkan? Takut barangnya habis nanti haha gurau tau gurau. (Aku kongsikan link di bawah nanti.)


Tapi kali ni, aku sendiri pun tak pasti yang ni aku yang apply atau Try and Review bagi sebab aku menang voting haritu. Apa apa jela kan? Thank you Try and Review! 


Jadinya, apa yang mereka kirimkan pada aku haritu ialah Deodorant Dry Serum dari Vaseline. Korang kan tau aku ni setia dengan Deodorant G&H tu je. Boleh ke kita pakai deodorant campur-campur ni? Tak kena kanser payudara ke? Kalau ada sesiapa yang tahu, tolonglah explain. Sis takod! 


sampai-sampai memang dah renyuk eh,
kau jangan nak ngate aku kutip balik dari tong sampah


Oleh kerana itu jugaklah, aku gamble je pakai semalam sebab kalau bukan aku yang pakai, siapa lagi? Haha. Nak pakai pula, picit 1cm je. Jangan banyak-banyak tau. 


Yang aku dapat ni saiz kecil je (15ml), jadinya aku boleh sumbat bawak masuk dalam hangbag. Teksturnya pula, macam losen tapi bila dah dioles dan disamaratakan, dia kering. Tak melekit sangat pada mulanya. Bau pun ringan-ringan je, taklah tengik kalau berpeluh banyak tu. Aku patut cuba pakai sekali lagi dan bersukan. Katanya kat botol ni boleh correct underarm dark marks. Tapi semua deodorant pun kata macam tu. Ahsudahlah. 


Tragisnya, bila aku mula beraktiviti (pos barang, beli nasi ayam, ke sana dan ke mari). Ketiak aku gatal dan rasa merengsa itu. Hahaha. Cuba bayangkan ketiak gatal, nak garu tapi aku sedang dikhalayak ramai. Paniklah aku masa tu ketiak minta digaru. Mungkin sebab first time pakai, ketiak aku terkejut akan kedatangan ahli baru. (Omg, maafkan aku ketiak). Seketika kemudian, gatal tu reda dan redha. Aku boleh sambung beraktiviti dan ketiak aku masih kering. Tak berpeluh lecak basah dan melekit. Tidak. 


Mungkin aku kurang berpeluh haritu. Cuaca kat sini mendung je sejak kelmarin dan kuranglah ketibas (ketiak basah) serta ketibus (ketiak busuk). Btw, semalam ada nampak desas desus air naik di Kelantan. Hati-hati korang! 


Kesimpulannya, aku okay okay je dengan Deodorant Dry Serum ni. Thank you Try and Review kasi free kohkoh.



Korang boleh sign up Try and Review di sini ya: Try and Review

Dan kalau nak beli Deodorant Dry Serum ni, boleh beli di drugstore atau Shopee kan saja!


Bye korang!

Post a Comment

6 Comments

  1. kita pun pengguna setia vaseline ni. memang powerlah, putih kot ketiak hahahah

    ReplyDelete
  2. pernah beli produk nivea kot dapat deodorant serum...ammi pun passlah kat anakbuah sbb ammi puaslah ingat itu SERUM MUKA.

    Sekali tu ammi cakap kat dia..nak pinjam serum muka (sambil tunjuk bekas tu kat dia)... dia kata itu ubat ketiak ammi...bukan ubat muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kalau sapu kat muka apa laa jadi agaknya kan.

      Delete
  3. Aini dulu setia dengan Rexona sejak zaman remaja lagi. Tapi bila dah meningkat umur ni mcm dah tak serasi. Macam-macam deodarant Aini guna at last brand Vaseline penyelamat Aini sampai la sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waahh. Vaseline memang jenama yang boleh dipercayai kan. Losen dan lipbalm pun best!

      Delete