Definisi Operasional: Perkembangan

 


Perkembangan

Mook Soon Sang (2008) menyatakan, perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan dan beliau menjelaskan bahawa perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat pada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal. 

Menurut Santrock (2008), perkembangan ialah perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan hingga ke akhir ayat. Menurut beliau lagi, perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan dari sifat yang lebih awal. 

Perkembangan secara umumnya dapat didefinisikan sebagai aspek perubahan yang dihadapi oleh individu yang berubah menurut peredaran masa. Namun, pelbagai pendapat telah dikemukakan mengenai konsep dan definisi perkembangan itu sendiri, salah satunya ialah daripada Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak, yang mengatakan perkembangan adalah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat dari sifat baru yang berlainan dari sifat yang lebih awal. Berbanding Santoock (2008), baginya perkembangan dapat ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioekonomi individu yang bermula dari peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Kesimpulnya, perkembangan dapat diklasifikasikan sebagai suatu perubahan yang bersifat kualitatif, tersusun, bertahap dan berterusan pada diri manusia bermula semenjak percambahan sel sehingga ke akhir hayat organisma hasil dari kombinasi pembelajaran, pengalaman dan kematangan melibatkan aspek-aspek fizikal, emosi, mental dan sosial. Terdapat banyak aspek yang memungkinkan perkembangan kanak-kanak itu berlaku, salah satunya ialah sifat perkembangan itu sendiri yang bersifat kualitatif dan perubahan-perubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral.


Rujukan: Mahfuzah Zainol, 2016. Panduan Pengajaran Pendidikan Khas Kemahiran Kognitif.


Baca juga: Definisi Operasional: Kognitif

Post a Comment

1 Comments