Pengalaman Mendaki ke Bukit Kertau, Chenor, Pahang


Assalamualaikum, hai semua.


Selamat bekerja pada yang bekerja dan selamat menganggur pada yang menganggur. Nikmati hidup anda! Ha gitu. 

Ada plan nak pergi ke mana-mana tak hujung minggu ini atau ingin berehat di rumah saja? Pada kaki-kaki hiking yang beginner (tak main gunung-gunung lagi pewai baq hang), bukit mana lagi yang korang belum tawan?

Baru-baru ni Na baru meneroka Bukit Kertau, Chenor. Seram jugak. Entahlah kenapa seram. Mungkin ada banyak kisah-kisah seram dari penduduk tempatan agaknya. Katanya ada bunian lah, ada ayam lah, ada itik lah, ada tamanlah. Tapi berbekalkan iman didada dan semangat yang jitu ( baca gitu-gitu), Na gagahkan diri untuk memanjat jugak! 

Bukit Kertau ini terletak di Mukim Chenor, Maran Pahang. Kalau dari Temerloh kira-kira sejam lah juga tolak campur traffic light dan bawak slow sambil tengok orang bersiar-siar menaiki bot di Sungai Pahang. Ketinggiannya pula 266 meter atau 843 dari paras laut. 





Dahulunya, Bukit Kertau ini merupakan pusat rujukan pemetaan Malaysia pada tahun 1948. Namun begitu, bermula pada tahun 1989 ianya tidak digunakan lagi apabila kerja-kerja ukur dan pemetaan di Malaysia yang dilakukan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menghasilkan sistem-sistem rujukan koordinat dengan menggunakan teknik Global Positioning System (GPS). [baca selanjutnya di Laman Pahang]

Untuk naik ke puncak tidaklah terlalu mencabar dan sangat sesuai untuk individu yang tak berstamina tinggi (seakan-akan saya). Bukit Kertau ini juga dikenal sebagai Bukit Mulberry (Mulberry Hill) kerana adanya pokok-pokok mulberry di puncak bukit (tak banyak pun sebenarnya). Perjalanan ke atas juga tidaklah terlalu jauh dan lama. 


Dah sammmpaiiiii~

Pada korang yang nak naik, jagalah keselamatan dan tolong sangat sangat jangan buang sampah merata-rata ya! Save the turtle! Tibeh. 

Ok babai. Selamat mendaki.



Post a Comment

0 Comments