Canopy Walk: Taman Negara Pahang 1.0






Assalamualaikum, hai semua. 
Sibuk ke? Hujung minggu produktif tak kawan-kawan? 


Na nak share sikit tentang pengalaman pergi ke Taman Negara Pahang tapi kami pergi bukan pada hujung minggu ya. Mulanya kami fikir Taman Negara Pahang ni tidaklah sebesar dan seluas itu, tapi pakcik-pakcik di sana kata keluasan Taman Negara ni sama besar dengan Singapore. Kalau kami kena tipu, awak semua kena tipu juga lah. Hahaha. 

Kalau korang nak pergi santai-santai, tak ramai orang, Na cadangkan pergi pada hari bekerja dan tengahari (ambil cuti semata-mata nak ke Taman Negara). Kosong. Lengang. Korang boleh bergambar sepuasnya tanpa di photobomb. Kami pergi berdua saja jadi terpaksa minta tolong abang-abang yang ada di sana. 


Kami bertolak dari Temerloh pada pukul 8.00 pagi. Untuk ke Bandar Jerantut cuma mengambil masa sejam lebih tanpa kesesatan tapi kami sesat sedikit. Haha. Rupanya ada dua kaedah untuk ke Taman Negara iaitu jalan darat dan jalan air (Sungai Tembeling). Oleh kerana kami tersesat dan terlambat (dah tengahari), kami menggunakan jalan darat yang mengambil masa lebih kurang setengah jam dari jeti Kuala Tembeling tersebut. Bagi yang berminat untuk menaiki bot, korang boleh waze/ google maps ke Jeti Kuala Tembeling dan menaiki bot ke Taman Negara. Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam setengah. 

Sekiranya korang menaiki kenderaan sendiri, korang boleh turun terus ke bawah kerana mereka ada menyediakan parking untuk kereta(di tepi jeti untuk menyeberangi sungai). Untuk bas pula, parking disediakan di bahagian atas. Jangan risau, penduduk tempatan sangat baik dan ramah. Korang boleh bertanya dengan mereka semua. Dan jangan lupa untuk take note apa yang mereka pesan. Jangan main redah je. Kita datang tempat orang kan. 

Okay, untuk pakaian pula, korang pakailah kasut sukan atau kasut yang bertutup sebab kita nak masuk hutan. Dalam hutan macam macam ada. (Bukan kangaroo dan koala)




Setelah sampai, kita perlu membayar permit terlebih dahulu ya.

Permit masuk:  RM1 (boleh digunakan untuk sebulan)
Lesen kamera/ mobile : RM5
Tiket Canopy Walk: RM5
River Crossing Boat: RM1 (sehala)

Perjalanan ke Canopy Walk bermula.

Jarak untuk sampai ke Canopy Walk kira-kira 1.5km. Jadi, kepada wanita-wanita kurus diluar sana yang lemah, sila bawa air bersama ORS ya. Atau bawalah bekal minuman tenaga sebab kita akan kehilangan banyak air. Haha. Na dan Zara bukan sahaja bawa air, kami juga bawa burger dan fries. :) 

Kalau korang datang dari Temerloh, korang tapaulah dulu air manis-manis dari Coffee Stall.

Sesat? Tidaklah. Korang takkan sesat kerana setiap simpang akan ada batu pemberitahuan (sis cuba). Sambil berjalan, korang bolehlah membaca info-info mengenai pokok dan haiwan yang telah disediakan. Berhati-hati ketika berjalan.






Setelah sampai ke Platform 1 Canopy Walk, kita boleh membeli minuman dan makanan ringan yang disediakan. Dan perlu mendaftar serta mendengar briefing. Kata abang Man (abang Perhilitan), panjang jambatan ialah 530 meter. Terdapat 6 jambatan dan 6 platform beserta laluan pejalan kaki yang sangat cantik dan selamat. Menurut abang-abang yang menjaga setiap platform tu, untuk gambar dan pemandangan yang cantik biasanya di Jambatan 3 dan 5. Setiap jambatan akan ada tali merah untuk jarak antara pejalan kaki supaya lebih selamat. 





Maafkan beg merah yang sarat :(


Pada korang yang ingin ke tandas saat-saat genting, jangan risau kerana tandas ada disediakan di penghujung perjalanan. Gambar tandas takde ya tapi sangat bersih. Jangan risau.

Oleh kerana kami tiada persediaan dan trip ini hanyalah untuk sehari sahaja, kami tamatkan perjalanan kami di sini. 

Next: Bukit Teresek 

Jumpa lagi!




p/s: sekiranya korang ternampak sampah sepanjang perjalanan, tolonglah kutip ya. 
Siapa lagi kalau bukan kita.





Post a Comment

2 Comments