Istilah yang digunakan dalam Takaful



Assalamualaikum, hai.

Baru-baru ini Na adalah berzoommeeting bersama bos-bos dan adik-adik baru Takaful Ikhlas. Ada yang dah exam TBE, ada yang baru nak exam. Pada yang baru nak exam, good luck ya! Okay, pada yang tak pasti TBE itu apa, TBE ialah Takaful Basics Examination. Sebelum menjadi agent, kita semua perlu menduduki peperiksaan ya! Hehe. Pada Na dulu, TBE sangat susah sebab Na tak pernah dengar langsung istilah-istilah perbankan ni sebenarnya. 

Tapi pada individu yang memang mendalami dan menceburi bidang ni, kacang jela kan? Jadi, mereka yang baru atau yang sama-sama noob macam Nana, Na senaraikan istilah-istilah yang sepatutnya korang tahu. Dan sesiapa yang nak nota atau contoh soalan yang Na dapat hari tu, feel free untuk email Na ya. 

Istilah:
1. Takafulmerupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah

2. TabarruAkad pemberian harta atau perkhidmatan secara sukarela daripada satu pihak kepada pihak lain tanpa balasan. Contohnya, akad wasiat, hibah, wakaf, derma, sedekah atau hadiah.

3. Wakalah: Wakil

4. Pengunderaitan (underwrite): *Lihat penajaan jamin

5. Qard: Akad pemberian atau pembayaran wang atau harta milik pemiutang kepada penghutang mengikut perjanjian.

6. Sukuk: Sijil yang menunjukkan bukti pemilikan dan hak tuntutan perolehan. Pemegang sijil boleh memiliki aset mengikut kadar tertentu. Menurut BNM, sukuk merupakan instrumen berasaskan aset yang distrukturkan dengan mematuhi keperluan Syariah.

7. Debentur: surat akuan yg di­keluar­kan oleh syarikat, agensi kerajaan dsb sbg tanda penerimaan wang yg dipinjamkan kepadanya pd kadar bunga yg tetap sehingga pinjaman itu dijelaskan.


8. Aktuari: orang yg pakar memperhitungkan risiko (premium polisi insurans, bayaran divi­den, kadar anuiti, dll) utk sesebuah syarikat insurans.


9. Proviso: syarat dlm sesuatu perjanjian (khasnya dlm dokumen undang-undang)


10. Subgrogasi hak undang-undang yang diberikan kepada syarikat insurans


11. Indemniti: pemulihan kpd mangsa kerugian melalui bayaran tunai, pembaikan atau penggantian


12. Morbiditi (istilah perubatan): Jumlah kesan penyakit kepada pesakit, samada pesakit hilang upaya
atau tidak


13. Riba: Lebihan, tambahan, tidak sama timbangan atau sukatan pada masa berlaku pertukaran barang ribawi dan hukumnya adalah haram.








Sekian. Wslm :)



Post a Comment

4 Comments

  1. banyak kelebihan takaful ini terutamanya renew rotex kereta, sbb berlandaskan islam. betul tak?

    salam kenalan dari saya, nak tanya sudi tak bertukar link blog dengan saya, kalau sudi sila lah comment di link ini ye...

    https://www.oohsenyum.com/2017/03/bantu-blogger-yang-memerlukan-2020.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ya, betul tu. Kalau nak medical card dan hibah pun boleh pm Na ya +60169302414 :)

      Delete