POLA EJAAN KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS

Assalamualaikum semua. Sebelum-sebelum ni Na ada cerita pasal  Kata Pinjaman Tulen dalam Bidang Perubatan kan? Istilah yang digunakan kebanyakkannya dipinjam daripada bahasa Inggeris kan. Yela, zaman dulu-dulu sebelum adanya hospital, kita guna mak bidan. Mana ada istilah-istilah saintifik macam sekarang.

Tahu tak kata pinjaman dalam bahasa Inggeris ini mempunyai kriteria tertentu dari segi ejaan dan pengistilahannya? 

Pertamanya, kata yang digunakan tersebut hendaklah kekal dalam bentuk ejaan asal. Contohnya, dialogue dieja sebagai dialog. Kemudian, pola keselarasan vokal yang telah dipersetujui juga hendaklah dikekalkan. Manakala, perkataan bahasa Inggeris yang telah sebati dengan bahasa Melayu, ejaannya dikekalkan dalam bahasa Melayu seperti glass yang sekarang kita sebut sebagai gelas. Selain terdapat kriteria tertentu dalam kata pinjaman ini, terdapat juga pola pola tertentu yang perlu kita ambil kira.

Kata pinjaman dalam bahasa Inggeris ini mengandungi 14 pola:

1. Kata yang bermula dengan ejaan 'au-' (audit)

2. Kata yang bermula dengan ejaan 'dia-' (dialek)

3. Kata yang bermula dengan ejaan 'elect-' (elektrik)

4. Kata yang bermula dengan ejaan 'psy-' (psikologi)

5. Kata yang bermula dengan ejaan 'tele'- (telemovie)

6. Kata yang berakhir dengan ejaan 'isme-' (nasionalisme)

7. Kata yang berakhir dengan ejaan '-ive' (positif)

8. Kata yang berakhir dengan ejaan '-or' (faktor)

9. Kata yang berakhir dengan ejaan '-sion, -sional (nasional, seksyen)

10. Kata yang berakhir dengan ejaan '-um' , '-us' (album, fokus)

11. Kata yang mengandungi konsonan 'g' pada awal/ tengah kata (agensi, strategi) kecuali kolej, enjin, lojik

12. Kata yang mengandungi konsonan ganda 'ss', 'll', 'mm' (balet, tisu, ilustrasi)

13. Kata yang mengandungi gugus konsonan 'bl', 'dr', 'cl', 'pr', 'rt', 'sc', 'st', 'tr' (blok, draf, klasik, protokol)

14. Kata yang mengekalkan huruf vokal 'a', 'e' dan konsonan 'v' (akademik, kalendar, van, universiti, kaset).


Kesimpulannya, kata-kata yang dipinjam dari bahasa Inggeris ni bukan suka suka hati je kita ambil dan guna tau. Ada procedure tertentu juga. Jadi, bertuturlah dengan baik ya! Hehe


Sekian. Wslm

Post a Comment

2 Comments

  1. teringat masa study TESL di UM pd thn 90an dulu. Minat sgt paper lingusitic, psycholinguistic, sociolinguistic...dapat A punya. yg lain tu sederhana je grednya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Abang Kie dari UM juga ya? Wah semua subjek susah tu. Cayalah Abang! Na pula suka subjek subjek literature tak kira BM atau BI. ;)

      Delete