Day 8: Hobi Anda

 


Assalamualaikum. Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia.

Hari ini adalah hari ke lapan aku bertahan dengan Cabaran Blog 15 Hari. 

Kenapa bertahan? 

Semakin lama, aku dah semakin tak konsisten dan lemmaaahhhh. Mujurlah ada semangat abang, kakak dan adik blogger yang membuatkan aku bertahan (cubaan mengambil hati).

Pada hari ke lapan ini, aku akan menceritakan tentang hobi aku. 

Ada hobi yang percuma dan ada hobi yang memerlukan perbelanjaan. Bagi aku, kalau itu mampu membahagiakan, tak kisahlah macam mana cara sekali pun selagi tidak melanggar batas kemanusiaan dan agama. Sebagai seorang Islam yang masih jahil, aku masih berpegang pada prinsip berpada-pada. 

Baiklah. Aku akan membongkarkan rahsia hobi aku yang tak ramai tahu. 


1. Mengumpul setem


Ya. Aku pernah dan masih mengumpul setem. Aku kumpul setem ni sejak dari darjah tiga. Dulu-dulu bersemangat sangat sebab semua kawan-kawan ada buku setem masing-masing. Tapi sekarang, aku tengok budak-budak darjah tiga hanya sibuk bermain video game. Aku pernah juga bertanya student-student aku, dorang ni tak ada hobi ke selain bermain game. Dorang sendiri pun terpinga-pinga. Mungkin mengumpul setem ni dah terlalu oldschool kot. Tapi sekarang, aku hanya menyimpan dan menambah sedikit setem yang aku jumpa pada surat-surat sebagai perangsang kepada hobi anak aku nanti. Aku cuma mahu dia punya pengalaman-pengalaman begini dan belajar dari pengalaman. Bukan hanya di screen tv atau telefon dan taman permainan sahaja. Gittew


2. Membaca komik


Aku juga pernah ada hobi membaca komik yang belum lagi surut. Haha. Aku tahu ramai lagi yang gemar membaca komik. Komik-komik ni dulu murah je tau. Dulu aku beli di kedai buku tapi seiring dengan waktu, kami panggil komik-komik ni "Komik pintu 7E". Ianya sekarang ada dijual di tepi-tepi pintu 7 Eleven dan akan menyebabkan SPM kau pun 7E. Haha. Boleh baca, tapi jangan taksub tau. Ini hobi yang tak bagus pun sebenarnya. Tapipada adik-adik yang suka melukis komik, aku suggest korang belajarlah dari pelukis komik-komik lama ni dan inovasikannya mengikut kreativiti engkorang. Aku tau generasi sekarang power-power. 


3. Menulis puisi

Hobi yang ini dah lama aku buat. Cuma aku sembunyi-sembunyi sebab malu. Aku pun tak tahu kenapa aku malu. Haha. Mungkin aku tak sebagus penulis-penulis lain dan aku tidak punya banyak ilmu tentang penulisan kreatif. Menulis puisi ini pada aku sama macam menggambar. Kita melukis menggunakan aksara dan mewarna menggunakan emosi. Hanya jiwa-jiwa tertentu yang mampu mentafsir sebuah hasil seni. Dan ingat, yang jelek juga seni. 

Korang boleh baca puisi-puisi aku di sini ya. Maaf jika ianya tidak bagus. huuu


4. Mengait


Hobi yang satu ini telah aku lobikan suatu ketika dulu. Korang boleh tengok pada entry Lilla Tiny House: Bisnes PKPP dan Amigurumi Family Rabbit . 

Aku belajar mengait daripada mak aku dan terjerumus ke dalam perniagaan art and craft semasa aku tahun 3 di Universiti Malaya. Maklumlah dah tahun 3, macam-macam buat. Kawan-kawan yang lain sibuk jadi cashier di MidValley. MidValley tu memang kedai runcit kami ya dan biasanya budak-budak UM memang akan kerja part time kat sana. Jadi, makcik pakcik yang pernah jeling jeling, herdik herdik tu, ketahui lah yang korang herdik tu ada Degree/Master tau. Hahaha. (aku nak minta kita semua bersantun je, jangan marah)

Okay berbalik kepada hobi aku yang satu ini, aku masih berhobikan yang ini  pada waktu lapang. Masalahnya sekarang, aku sudah kehabisan waktu lapang. Aku sentiasa cemas dan risau kalau-kalau ada sesuatu yang aku belum buat pada hari ini. Aku sakit ke?(soalan biasa). Jadinya, ketenangan untuk aku mengait sudah tak ada. Tapi aku pernah bagitau dulu aku nak buat give away crochet stuff kan? Sudikah kiranya kalau aku buat give away barangan mengait? Atau korang nak amigurumi yang aku kait? 




Baca juga: Day 9: Genre Movie Kegemaran

Post a Comment

4 Comments

  1. dulu pernah belajar mengait waktu sekolah, lepas tinggal lama dah lupa cara mengait..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pandai buat doll je, yang pattern susah susah tu tak pandai. Hehe

      Delete
  2. Lebih kurang sama hobi kita. Tapi itu dululah macam kumpul setem, mengait dan baca komik. Berpuisi tu saya tak berbakat pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kalau dekat entah entah boleh jadi kawan baik kan?

      Delete