Day 9: Genre Movie Kegemaran Anda

 


Assalamualaikum dan hye semua.

Pada hari ke sembilan ini, aku akan meneruskan cabaran ke sembilan aku iaitu Genre Movie Kegemaran Anda. 

Seperti bilik idaman aku yang gersang, aku juga movie yang ber genre melo (melodrama). Antara cerita kegemaran aku yang berkali-kali aku tengok ialah I'll Go To You When The Weather is Nice. 


Aku sangat suka apabila penulis skrip yang menyelitkan quotes dari buku. Selain daripada itu, aku juga sukakan jalan cerita yang agak slow dan hero (Seo Kang Jun) serta heroinnya(Park Rachel) yang kurang berkata-kata. Kita hanya menilai kesedihan, kegembiraan dan kekecewaan seseorang itu hanya daripada ekspresi mukanya sahaja. Pendek cerita, aku belajar banyak daripada cerita ini. 

Kenapa sukakan melodrama?

Melodrama pada aku seperti real story of our life macam tu. Kita seringkali berhadapan dengan masalah dan masih terus berjalan dengan gagah walaupun hampir rebah. Ada yang happy ending dan ada juga yang berakhir dengan kesedihan. Aku masih lagi berpegang pada kata kata ini, 

"Everyone has a happy endingif you're not happy, it's not the end.” -The Best Exotic Marigold Hotel.

Harap-harapnya dapatlah mengakhiri kisah hidup ini dengan "happy ending". Aminn. 

Selain itu, pemilihan kata dalam melodrama lebih menarik minat aku. Tapi ini adalah subjektif. Ada juga cerita yang bukan bergenre melo lebih bagus dalam pemilihan katanya. Betul tak?

Begitulah kisah genre movie kegemaran aku. huhu




Baca juga: Day 10: Top 5 Lagu Kegemaran 

Post a Comment

2 Comments

  1. boleh layan now we are breaking up. Cer try cer try. haaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe dah try dah try. Sendu lah hati ni NK. Sobs.

      Delete