Perkembangan
Mook Soon Sang (2008) menyatakan,
perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga
peringkat kematangan dan beliau menjelaskan bahawa perkembangan ialah perubahan
kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat pada
sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal.
Menurut Santrock (2008), perkembangan
ialah perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang
bermula daripada peringkat percambahan hingga ke akhir ayat. Menurut beliau
lagi, perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara
kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan dari sifat
yang lebih awal.
Perkembangan secara umumnya dapat didefinisikan sebagai aspek
perubahan yang dihadapi oleh individu yang berubah menurut peredaran masa.
Namun, pelbagai pendapat telah dikemukakan mengenai konsep dan definisi
perkembangan itu sendiri, salah satunya ialah daripada Haliza Hamzah dan Joy N.
Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak, yang mengatakan perkembangan adalah
perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat
dilihat dari sifat baru yang berlainan dari sifat yang lebih awal. Berbanding
Santoock (2008), baginya perkembangan dapat ditafsirkan sebagai perubahan dalam
corak biologi, kognitif dan sosioekonomi individu yang bermula dari peringkat
percambahan sehingga ke akhir hayat. Kesimpulnya, perkembangan dapat
diklasifikasikan sebagai suatu perubahan yang bersifat kualitatif, tersusun,
bertahap dan berterusan pada diri manusia bermula semenjak percambahan sel
sehingga ke akhir hayat organisma hasil dari kombinasi pembelajaran, pengalaman
dan kematangan melibatkan aspek-aspek fizikal, emosi, mental dan sosial.
Terdapat banyak aspek yang memungkinkan perkembangan kanak-kanak itu berlaku,
salah satunya ialah sifat perkembangan itu sendiri yang bersifat kualitatif dan
perubahan-perubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal, kognitif, sosial,
emosi dan moral.
Rujukan: Mahfuzah Zainol, 2016. Panduan Pengajaran Pendidikan Khas Kemahiran Kognitif.
Baca juga: Definisi Operasional: Kognitif
1 Comments
Informasi yg berguna
ReplyDelete