Kata Adjektif Bahasa Melayu


Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan lain seperti kata bantu atau kata penguat. Di dalam buku, Dinamika dalam Aplikasi Praktis Bahasa (UUM Press), Nik Safiah Karim (2002) ada menyatakan bahawa kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului dan diikuti oleh kata penguat seperti sungguh, terlalu, amat, sekali atau sangat

Adjektif dalam bahasa Melayu menyatakan tiga darjah perbandingan iaitu darjah biasa, darjah perbandingan dan darjah penghabisan. Pembentukan kata adjektif pula terdapat empat perbezaan iaitu, kata adjektif tunggal, kata adjektif terbitan, kata adjektif ganda dan kata adjektif majmuk. 

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2011), jenis kata adjektif ini terbahagi kepada sembilan iaitu:

Kata adjektif sifatan atau keadaan

Kata adjektif warna

Kata adjektif ukuran

Kata adjektif bentuk

Kata adjektif waktu

Kata adjektif jarak

Kata adjektif cara

Kata adjektif perasaan

Kata adjektif pancaindera


Berikut adalah jenis dan contoh-contoh ayat kata adjektif. 



Post a Comment

0 Comments